APA ITU KL LEPARK?
KL LEPARK merupakan aktiviti kemasyarakatan seni yang melibatkan hal-hal dunia penulisan dan persembahan. Ia medan pertemuan antara pengkarya dan masyarakat untuk saling bertukar pandangan dan mewujudkan interaksi 2 hala.

APA PENTINGNYA KL LEPARK?
Ia mengimbangi hal-hal penulisan dan persembahan yang selama ini dianggap eksklusif agar terlihat inklusif, ia dengan cara mendekatkan lagi hal-hal tersebut dengan masyarakat melalui kaedah penganjuran untuk umum di khayalak terbuka.
KL LePARK akan memesrakan masyarakat kepada seni dan budaya melalui pendekatan yang lebih kontemporari, pop, urban dan santai.

VISI
Menjadikan seni itu sebagai perkara lazim dalam masyarakat Malaysia yang komprehensif serta moden.

MISI
  1. Mengubah persepsi ‘seni sukar difahami’ dan bosan kepada yang lebih mesra masyarakat.
  2. Mencipta hubungan dua (2) hala antara karyawan dan pengguna.
  3. Mewujudkan peluang pemasaran produk secara terus kepada karyawan dan penggiat seni.
  4. Menggalakkan pengeluaran produk daripada karyawan dan memudahkan pengguna untuk mendapatkannya.
  5. Menganjurkan acara di tempat lokasi yang mudah diakses serta menjadi tumpuan ramai.

TARIKH
16 September 2017

LOKASI
Siarkaki Parkson Maju Junction Shopping Mall, Jalan Sultan Ismail, KL

MASA
10.00 pagi hingga 11.00 malam