PUISI DAN SYAIR ASEAN 2017
Tema: Perjuangan Bangsa
Struggle of The Nation
                                                    
29 - 30 September 2017 (Jumaat-Sabtu)
Dewan Bahasa dan Pustaka & Rumah PENA


Pengurus Acara:
1. Dr. Mohamad Saleeh Rahamad (Puisi)
2. Tuan Roslan Madun (Syair)



Pengenalan
DiversCity 2017 Festival Seni Antarabangsa Kuala Lumpur akan menghadirkan segmen sastera Melayu format baharu, “Puisi dan Syair ASEAN”, yang menggabungkan puisi moden (sajak) dengan syair, iaitu puisi tradisional yang sangat terkenal di Nusantara. Dengan tema “Perjuangan Bangsa”, pertemuan sasterawan dan seniman negara ASEAN pada kali ini lebih menarik berbanding dengan tahun sebelumnya kerana kedua-dua genre itu akan dibincangkan dalam wacana akademik secara bersepadu dan kemudian diikuti persembahan yang bertemakan “Perjuangan Bangsa”. Tema “Perjuangan Bangsa” ini dipilih kerana sifatnya yang sejagat dan merentas sempadan geopolitik mahupun batasan genre.

Objektif
Mengadakan seminar bersifat akademik tentang puisi dan syair yang disertai pemuisi, penyair serta ahli akademik daripada negara-negara ASEAN.
Mengadakan persembahan puisi dan syair daripada wakil negara-negara ASEAN.
Menghasilkan dokumentasi dalam bentuk buku serta rakaman audio visual yang berkaitan dengan seminar dan persembahan.
Mempertemukan aktivis puisi dan syair daripada negara-negara ASEAN serta mrangka kerjasama seterusnya.

Kaedah Pelaksanaan
1. Seminar Puisi dan Syair ASEAN yang akan membariskan panel daripada negara-negara ASEAN bagi kedua-dua genre. Pemakalah akan membentangkan pandangan atau dapatan daripada kajian tentang genre puisi dan syair menurut pengalaman negara masing-masing. Seminar akan diadakan pada 29 dan 30 September 2017 di Balai Seminar Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wacana dan forum yang bersifat akademik dilibati oleh ahli akademik, aktivis dan seniman yang akan membincangkan aspek perjuangan bangsa dalam karya negara masing-masing. Persembahan bagi kedua-dua genre itu akan lebih tersusun dan menjanjikan kepuasan estetik dan rohani kerana dijayakan oleh deklamator dan artis yang terpilih daripada negara-negara peserta. Antara negara yang akan menyertai pertemuan ini ialah Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand, Vietnam, Kemboja, Myanmar, Laos dan Filipina. Inilah acara yang julung-julung kali direncanakan secara bersepadu antara puisi moden dengan puisi tradisional.

2. Persembahan deklamasi puisi dan syair yang digabungkan dalam satu persembahan menurut tema “Perjuangan Bangsa”. Persembahan ini akan disusun atur secara teliti bagi menghasilkan kesan yang berimpak besar, sama ada dari segi makna mahupun elemen hiburannya. Persembahan akan dibuat pada dua malam, iaitu 29 September 2017 dan 30 September 2017 di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Persembahan kerjasama Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Akademi Seni ND Lala dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini akan dibahagikan kepada tiga segmen, iaitu konflik dan perjuangan awal bangsa di negara-negara ASEAN atau Nusantara, kerjasama dan persahabatan bangsa serumpun, dan diakhiri kemenangan menolak kemungkaran sehingga mencapai kemenangan moral yang tinggi. 


Peserta
1. Peserta terbuka kepada semua peminat puisi dan syair, sarjana, pelajar, dan penulis serta aktivis budaya daripada seluruh dunia.
2. Setiap peserta dikenakan bayaran RM 30.00 sahaja dan ini termasuk buku “Perjuangan Bangsa Dalam Puisi”, makan minum pada waktu yang ditentukan oleh pihak penganjur, sijil menyertai seminar, dan menonton persembahan.
3. Persembahan terbuka untuk ditonton oleh semua pihak tanpa dikenakan sebarang bayaran kerana ini tidak melibatkan makanan mahupun bahan iringan yang disediakan seperti buku dan sijil.

Pendaftaran
1. Para peserta digalakkan mendaftar terlebih dahulu dengan mengisi borang dalam talian 
yang disediakan oleh penganjur bagi memastikan pengurusan peserta dapat dibuat dengan lebih teratur. Bayaran boleh dibuat pada masa pendaftaran. Sijil hanya akan dikeluarkan kepada mereka yang membuat pembayaran.
2. Para pemakalah dan artis akan dihubungi dan dipilih oleh penganjur, bukannya secara 
terbuka.



Biografi Penyair ASEAN 


SITI ZAINON ISMAIL (Prof. Dr , Phd.UM)  [Malaysia]
(Profesor Sejarah Seni dan Estetika, Falsafah Kebudayaan dan Kesenian, Seni Budaya Warisan)

Siti Zainon Ismail nama yang tidak asing dalam dunia kesusasteraan dan  kesenian Malaysia. Beliau  lahir di Gombak, Selangor  pada 18 Disember 1949. Memperoleh ijazah Sarjana Muda Seni Rupa Akademi Seni Rupa Indonesia, Yogyakarta (B.F.A, 1973), Sarjana Sastera Universiti Kebangsaan (UKM, 1980) dan Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Malaya (PhD, UM 1992).
Dalam dunia penulisan, wanita berjiwa besar ini cukup aktif menghasilkan penulisan  ilmiah seni budaya, esei kajian analisis dan kritikan disamping menghasilkan buku ilmiah, buku sastera kajian, dan penulisan kreatif berupa puisi, cerpen dan novel.

Bagi beliau, sastera dan kesenian merupakan dua elemen yang telah sebati dalam jiwanya. Menurutnya menulis puisi merupakan kerja-kerja mencatat bagai lakaran di buku sketsa, kedua-dunianya tidak  terpisah sebagai satu karya yang berbagai wajah. Pertembungan dengan alam dan lingkungan sosiobudaya memberinya ransangan untuk merenung, berfikir dan cepat menyatu dengan jiwa hingga menggugah untuk melontarkan idea dan imaginasi, menyatukan pengalaman masa lalu , kini dan masa hadapan.

Karya ilmiah
Getaran Jalur dan Warna (Fajar Bakti 1985), Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi (DBP 1986) ,Percikan Seni (DBP 1989), Alam Puisi (DBP 1990),  Tekstil Tenunan Melayu (DBP 1994),  The Traditional Malay Handicraft (DBP 1997,)Busana Melayu Johor (Yayasan Warisan Johor- Fajar Bakti, 1997), Kembara Seni Siti (Galeri Melora- Utusan Melayu 1997), Zikir Pelangi The  Rainbow (Galeri Melora 2000), Pakaian Cara Melayu ( UKM 2006/2009 ), Memasuki Taman Puisi (DBP 2009), Suara dari Hujung Tambak ( DBP 2010).  Dan sejumlah kumpulan esei  kajian dalam Jurnal terbitan UKM, UM, USM,UPM  dan DBP juga terbitan Universitas di Indonesia (Aceh, Malang, Jakarta)

Karya penulisan kreatif antaranya :
Puisi > Nyanyian Malam (DBP, 1976/ Galeri Melora 2004), Puisi Puith Sang Kekasih (UKM 1984), Perkasihan Subuh (Bulan Bintang, Bandung 1986), Kau Nyalakan Lilin ( Grupemuisi UKM  1990), Bunga-bunga Bulan ( Creatife Enterprise 1992) , The Moon is a Candle (terj Harry Aveling, DBP 1996), Taman-taman Kejadian (Galeri Melora, 1996), Witir Sela Merapi (Galeri Melora 2004),Gelora Air Geulumbang Rayeuk Aceh (SMS Puisi, Galeri Melora 2005), Kasih Bonda Kampung Paya Kami  (DBP 2008,UC 2014,2015),  Bonda’s Love Our Kampung Kami (terj. Bahasa Inggeris dan Russia,  ITBM 2010),100 Malay Proverbs- Pepatah Petitih Melayu (ITBM 2010/ terj Bahasa Jepun 2014, Jerman 2014), Surat dari Awan (ITBM 2014)

Puisi Kanak-kanak > Bijak Si Katak Bijak (ITBM 2012, Hadiah Sastera Malaysia ), Angsa Istana Si Jambul Desa (ITBM 2014) , Aqsar dari Sungai Air Tawar (ITBM 2015), Zaman Cicak-Mengkaraung  (ITBM 2015), Cii  Bunga Rantau Abang (ITBM)
Cerpen > Seri Padma (DBP 1984), Dongeng Si Siti Kecil ( 1986) Attar Lembah Mawar (Marwilis 1988) , Bunga Putik Putih (DBP 1992) , Kampung Paya Kami (Galeri Melora 1998), Nyanyian Orang Laut (bersama  A Rahmad, Galeri Melora 2000), Jurai Palma (DBP 2002      ) ,  Pala Muda ( DBP, 2005 , UC 2006)

Novel > Rembang Flamboyant (Fajar Bakti 1984,UC ), Pulau Renik Ungu (DBP 2002, UC 2014,2015), Delima Ranting Senja (Utusan Melayu, 2004) 
   
Puisi-puisi , cerpen dan buku beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa dunia antaranya Bulgaria, Mandrin, Hindi, Inggeris.  Korea, Jawa,  Jepun, Jerman, Peranchis, Russia , Thai
dan Urdhu

Beliau juga kerap diundang membentang kertas kerja dalam Seminar -  Forum Sastera dan Seni serta acara Puisi dunia. Antaranya Valmiki Poetry Reading di India-Bhopal (1985), Malam Indonesia Merdeka, Berlin (1986), International Korea Poetry (1986), SEA Write Award Poetry Reading , Bangkok (1989) Malay Poetry Reading, London (1992), Istiqlal Poetry Reading, Jakarta (1992), Puisi Melayu Nusantara, Singapura (1993), Tokyo International Book Fair (2014) dan hampir seluruh wilayah budaya Indonesia terutama Aceh, Makassar, Ranah Minang, Jawa dan Bali (sejak 1985 hingga kini ).  

Juga mewakili Negara sebaga Penulis dan Ilustrator cerita kanak-kanak di:
Bologne Internatiol Book Fair (2013), Tokya Internation Book Fare (2913/2014) dan  Riyard International Book Fat (2017) kelolaan ITBM

Anugerah >  Atas usaha dan semangat seni, SZI telah diberi perbagai penghargaan :
Hadiah Lukisan Batik MAHA ( 1967/1968), Hadiah Sketsa KARTINI (ASRI 1970/1972/1973), Pingat Jubli Perak Sultan Selangor (1986), Penghargaan Seni Seoul Country Club, Korea (1986),  Hadiah Esei Dewan Sastera (1988), Hadiah Satera Malaysia (1976/1977/1078,1082/1985/1996/1997/2010/2012/2014), SEA Write Award, Bangkok (1989), Gelar Teuku Chut Nyak Fakinah, Majlis Kebudayaan Aceh (1990), Penghargaan Usaha Seni Tan Sri Fatimah-Avon (1993), Pingat Seri Mahkota Selangor (1993) , Anugerah Profesor Luar Biasa Universitas Jabar Ghafur Aceh (2006) Anugerah Budayawan Selangor (2009), Anugerah Budayawan Gombak, PAKSI (2012) .


Ahli Lembaga Penasihat  Seni Budaya
Dengan Pengalaman ilmu dan sebagai aktivis perjuangan seni budaya beliau dilantik sebagai > Ahli Lembaga Balai Seni Lukis Negara ( 1991-93), Ahli Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (1996-2006), Editor Bersekutu Dewan Sastera (2002-2004), Ketua 11 Persatuan Penulis Selangor (1994-2000), Ahli Majlis Sastera Nusantara – MASTERA ( 1997-1998), AJK Anugerah Seni Negara KEKWA ( 1996-1999) , Ahli Majlis Penasihat Berkenaan Kebudayaan KEKWA – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan (2002- 2006 ), Ahli Lembaga Yayasan Kesenian Perak (2003-2005), Ahli Lembaga Muzium Negeri Selangor, bahagian Tekstil Busana (2002 - 2005),  Direktor Ekskutif 11, Pusat Studi Melayu – Aceh, PUSPA ( 2002-  ), Ahli Majlis Akademi Seni Kebangsaan (2003-2006), Pengerusi dan Ketua Penyelidikan Muzium Teksil  Malaysia (2000-2010) , Penasihat Berkenaan Kebudayaan Kebangsan (1995-1997, 2012/1013),Ahli Lembaga Perbadanan Adat Istiadat dan Kebudayaan – PADAT Selangor ( 2009-2012), Pengarah Projek Persembahan MESTIKA HATI – Pelancara PADAT, Selangor (2010), Konsultan Seni Hias Melayu, Arkitek Bahri – projek  Seni Taman Putrajaya (2006), AJK Pakar Busana, Tekstil dan Seni Hias Diri Jabatan Kebudayaan Negara, KPKM (2012-2013-2014), Pakar Rujuk dan Penulisan Buku Warisan Iskandar Puteri, IRDA dan Majlis Bandaraya Johor Bahru ( 2012-2014), Pakar Rujuk  Tekstil dan Busana Johor, Yayasan Warisan Johor (2013-2014), Pakar Rujuk Tekstil dan Busana Di Raja Johor (2014-2015),  Ahli Panel Penasihat Pakaian Rasmi ADUN / Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Johor (2014),  Penal Pakar Sastera Moden- PUISI, DBP (2014-2016), Penyelidik Projek Kritik Sastera  Sebagai Pemahaman Lintas Budaya Antara Bangsa Serantau-Puisi, DBP (2014),  AJK Pakar Tekstil- Busana-Seni Hiasan Diri, Jabatan Warisan Negara, KPKW (2014-2015), Pendiri SEBUDI – Sahabat Seni Budaya Sastera Wanita (2013 - ), Penasihat dan Ketua Penyelidikan Seni Budaya Bajau, UMS & JKKN Sabah (2014-), Pakar Rujuk dan Pembimbing Ilmu Kearifan Tempatan, DBPSabah (2014-2015), Pengurusi-Penasihat  Sahabat Kebun Arif -Siswazah Seni UMS (2015-)
   
Sebagai Sarjana beliau mula  bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Tutor (1976- 1979), Pensyarah (1980- 1990 ) Prof Madya dan Professor hingga tahun 2007) dan pada 2014-16  memberi sumbangan ilmu sebagai Profesor Sejarah Seni dan Estetika  dan Falsafah Kebudayaan dan Kesenian di Universiti Malaysia Sabah (2014-2016). Sekarang sebagai Konsultan Bebas Seni Budaya Warisan Jemputan di beberapa IPT tanah air.


Zaen Kasturi (Malaysia)
ZAEN KASTURI  lahir pada 16 Oktober 1964 di Kuala Sungai Baru, Melaka. Mula menghasilkan karya kreatif  pada awal tahun 1980-an. Zaen menulis puisi, cerpen, novel dan esei. 

Antara karya Zaen Kasturi dalam bentuk buku termasuklah Yuda (kumpulan cerpen: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), Katarsis (kumpulan puisi: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993), Angin Belantara (novel: Kharisma Publications, 1996), Idola (kumpulan cerpen: Sasbadi, 1997), Rapsodi (kumpulan cerpen: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998), Iga (kumpulan puisi: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005), Taman Uzlah (kumpulan cerpen: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005), 77 Tuju (kumpulan puisi: Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2015), dan Zamindar (kumpulan cerpen: Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2017). Kumpulan cerpen Yuda memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1992/1993.

Selain itu, Zaen Kasturi turut memenangi beberapa hadiah penulisan pada peringkat kebangsaan dalam kategori puisi dan cerpen, antaranya Hadiah Sastera Malaysia, Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank, Hadiah Puisi Kebangsaan Esso-Gapena, Hadiah Puisi DBP-DBKL, Hadiah Cerpen DBP-Maybank, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil, dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Pada tahun 2010, Zaen menerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A Write Award).


Dr. Ariff Mohamad  (Malaysia)




Khalid Salleh  (Malaysia)
Namanya sangat sinonim dengan dunia teater di samping bidang penulisan kreatif seperti puisi, kritikan dan sebagainya. Bakat alam yang dimilikinya bersesuaian dengan jalur kehidupannya yang menjadi pokok sentuhan kerja-kerja kreatifnya. Sebagai pelakon , pengarah (sutradara) dan penulis Khalid Salleh membesar bersama kelompok seniman yang menamakan dirinya Kumpulan Anak Alam dekad 70-an di mana anggotanya terdiri daripada pelukis, penyair, aktivis teater dan sebagainya.

Antara drama-drama karya dan arahannya Bertam-Bertam Bukan Semambu, Umbut Mayang Mengurai, Sijil Penuh, Mat Cincai, Pawang, Si Bereng-Bereng, Gong Gedombak, Ninggg…, Kena Main, Brang Breng Brong, Seng Ora-Ora, Hang Tak Tuah, Pandirnya Si Pandir, Bangsat, Benda Sulit dan beberapa naskhah yang lain. Beliau juga pernah mewakili Malaysia ke Festival Monodrama Asia di Taiwan (1989), Jepun (1991), Culcutta (1992), dan New Delhi (1993).
Sebagai pemain filem pernah diundang bersama sutradara U-Wei Bin Haji Saari ke Cannes Filem Festival, Perancis  (1995) melalui filem Kaki Bakar. 

Pencapaian dan anugerah yang pernah diterima dari hasil kerja-kerja seninya antaranya Hadiah Sastera Esso - Gapena (1984-85), Anugerah Seni Negara - Karyawan Teater (2006), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Festival Filem Malaysia 1997 (Azizah The Legend),  Pelakon Lelaki Terbaik – Anugerah Skrin TV3 1999 (filem Jogho) ,  Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malysia 1999 (filem Jogho), Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Asia Pasific 43rd – Taipei 1999 (filem Jogho).

Selanjutnya menjelajah ke berbagai kota besar di Indonesia sejak 2013 hingga 2015, membawa monolog Jual Ubat karya / lakonan dan arahannya sendiri. Jakarta, Jogja, Surabaya,  Indramayu, Festival Seni International Borobudur, Makassar, Batam, Medan, Solo, Banjarmasin dan negera seberang Tambak Johor, Singapura adalah deretan senarai tempat yang pernah monolog Jual Ubatnya berpentas dan bergelanggang di situ. Bahkan ada beberapa kota yang meminta Jual Ubat diulang pentas, umpamanya di Batam (3 kali), Jakarta (2 kali), Jogja (2 kali) dan Makassar (3 kali). Terkini sedang menyusun program melanjutkan jelajah Jual Ubatnya ke beberapa kota lagi di Indonesia, selain memenuhi tuntutan undangan dalam Negara.


Fairul Pujangga  (Malaysia)




Tuan Rusli Marzuki Saria    (Indonesia)
Rusli Marzuki Saria, lahir di Kamang Bukittinggi Sumatera Barat 26 februari 1936. Dari ayah bernama Datuk Radjo Penghulu dan ibu Sarianun. Menikah pada tahun 1963 dengan Hanizar Musa yang berpendidikan sekolah agama Islam di Bukittinggi. Dari perkahwinannya lahir anak-anak 1. Fitri erlin denai(pr), 2. Vitalitas fitrat sejati (pr), 3. Satyagraha (lk), dan 4. Dio Genes (lk). Pendidikan dasar sampai sekolah menengah tingkat atas ditamatkan di Bukittinggi.

Proses kreatif dimulai sejak usia 19 tahun, belajar dari sastra lisan neneknya. Sebagai orang  Minangkabau yang matrilineal bersuku kepada ibu, dan hidup ditengah-tengah budaya sastra lisan. Pernah jadi anggota polisi dan kemudian berhenti.

Puisi-puisi yang pernah ditulis dimuat di majalah sastra dan kebudayaan Konfrontasi, Jakarta, majalah Indonesia Jakarta, Pandji Masyarakat Jakarta, dan majalah sastra Horison Jakarta.

Pernah menjadi wartawan harian Haluan yang diterbitkan di Padang Sumatera Barat dan sekaligus Redaktur Kebudayaan Koran itu selama 30 tahun dan pension tahun 1999.


Senarai Buku Puisi yang pernah diterbitkan:

1.   Sembilu darah. Indonesia. 1995. Pustaka Sastra Jakarta
2.   Parewa. Indonesia. 1998. Grasindo Jakarta
3.   Antologi Tonggak. Indonesia. 1987. Gramedia Jakarta
4.   Antologi Puisi ASEAN. Indonesia/inggris. Dewan Kesenian Jakarta
5.   Mangkutak di negeri Prosa Liris. Grasindo Jakarta. 2010
6.   One by one, line by line, selected poems and essays on monologue in contemplation, 
      Kabarita Padang 2014
7.   Twenty selected Poems, Gita Eklesia Publisher, Jakarta


Kritik dan Esei

1. Monolog dalam Renungan, Pustaka Firdaus, Jakarta 2000
2. Parewa Sato sasaki, esei dalam Bahasa Minangkabau belum diterbitkan


Senarai Hadiah Sastera yang pernah dimenangi/dicalonkan

1. Hadiah ke-3 Penulisan karya sastra 1997. Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa   Jakarta. Indonesia
2. Penghargaan 30 tahun Kesetiaan Profesi. 2006 PWI (Persatuan Wartawan Indonesia)
3. Penghargaan Tuah Sakato atas karya prestasi dan dedikasi yang berguna bagi daerah dan masyarakat Sumatera Barat dan dapat diteladani 2008
4. Penghargaan Sastra Balai Bahasa Provinsi Sumatera Barat tahun 2005 atas pembinaan 
    sastra di Sumatera Barat.
5. Calon penerima SEA Write Award tahun 2017


Maman S Mahayana    (Indonesia)
MAMAN S MAHAYANA, lahir di Cirebon (West Java Province), 18 Agustus 1957. Lulus Fakultas Sastra Universitas Indonesia (FSUI) tahun 1986. Sejak itu ia mengajar di almamaternya yang kini menjadi Fakultas Ilmu Pengetahuan Budaya Universitas Indonesia (FIB-UI). Tahun 1997 selesai S-2 Program Pascasarjana Universitas Indonesia. Pada tahun 2009—2014, menjadi dosen tamu di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea Selatan.

Selain mengajar, ia banyak melakukan penelitian dan kegiatan sastra dan budaya. Penghargaan yang pernah diterimanya, antara lain, Peneliti berprestasi di lingkungan Universitas Indonesia (2003 dan 2006), Juara Harapan Lomba Penelitian Ilmiah Bidang Ilmu Budaya, Universitas Indonesia (1990, 1991, 1995), Tanda Kehormatan Satyalancana Karya Satya dari Presiden Republik Indonesia, Dr. H. Soesilo Bambang Yudhoyono (2005), Penulis Makalah Terproduktif di lingkungan FIB-UI  (2005, 2006), Anugerah Serantau Pilihan Sagang dari Yayasan Sagang di Pekanbaru, Riau (2006), Anugerah Sastera Majelis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) ke-5 untuk kategori Sastera Bukan Kreatif (Non-fiksi) atas buku Sembilan Jawaban Sastra Indonesia (Jakarta: Bening Publishing, 2005, Kuala Lumpur, 27  November 2007), Penghargaan Penulis Buku Teks (2007 dan 2008). Penghargaan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia untuk buku Kitab Kritik Sastra (Jakarta: Yayasan Obor Indonesia, 2015, lxiv + 432 halaman) sebagai buku esai kritik terbaik, Jakarta, 28 Oktober 2016, dan Penulis Makalah Terproduktif di lingkungan FIB-UI  (2016).

Buku-bukunya yang sudah diterbitkan:


Ringkasan dan  Ulasan Novel Indonesia Modern (Jakarta: Grasindo, 1992), xii + 308 halaman

Kesusastraan Malaysia Modern (Jakarta: Pustaka Jaya, 1995), xiy + 175 halaman
Kamus Ungkapan Bahasa Indonesia (Jakarta: Grasindo, 1997), xviii + 346 halaman
Akar Melayu: Sistem Sastra  & Konflik Ideologi di Indonesia & Malaysia, (Magelang: Indonesiatera, April 2001), xiii + 301 halaman
Ragam Budaya Betawi (enam jilid), Tim penyusun bersama Ridwan Saidi, Yahya Andi Saputra, Rizal, (Jakarta: Dinas Kebudayaan dan Permuseuman, Pemda DKI, 2002) 
Sembilan Jawaban Sastra Indonesia (Jakarta: Bening Publishing, 2005), ix + 502 halaman.
Bermain dengan Cerpen (Jakarta: Gramedia Pustaka Utama, 2006), xiii + 385 halaman. 
Ekstrinsikalitas Sastra Indonesia (Jakarta: Grafindo, 2007), ix + 436 halaman.  
Bahasa Indonesia Kreatif (Jakarta: Buku Pop, 2008)
Pantun Betawi, Tim Penyusun bersama Yahya Andi Saputra, Moh. Guntur Elmogas, Rudy Haryanto (Bandung: Dinas Kebudayaan dan Pariwisata, Jawa Barat, 2008), xx + 284 halaman
Pengarang Tidak Mati (Bandung: Nuansa Cendekia, 2012), 352 halaman.
Kitab Kritik Sastra (Jakarta: Yayasan Obor Indonesia, 2015), lxiv + 432 halaman
Jalan Puisi: Dari Nusantara ke Negeri Poci, Jakarta: Penerbit Buku Kompas, 2016, ix + 360 halaman.
Jejak Seoul (Kumpulan Puisi), Jakarta: Kosa Kata Kita, 2016, vii + 136 hlm.
Esai-Esai Pemantik (Bogor: Kagum, 2017), 207 halaman



Ulfatin CH    (Indonesia)
ULFATIN CH. Lahir di Pati, 31 oktober l966. Pendidikan diawali dari SD-SMP di kota kelahiran, kemudian melanjutkan SMA Islam Al Ma’ruf di kotaKretek Kudus dan tiga tahun kemudian hijrah ke Yogyakarta merampungkan studi di IAIN Sunan Kalijaga (sekarang UIN) angkatan 1987 dan sekaligus memperkuat pijakan kepenyairannya dengan kuyup di Teater Eska IAIN Sunan Kalijaga, Mitra Lirika(asuhan Ragil Suwarno Pragolapati), SAS (studi Apresiasi Sastra/Ahmad Subanuddin Alwy), Pengadilan Puisi (Iman Budi Santosa/Boedi Ismanto SH), LDK (Lingkar Doa Kumail/Kelompok penulis esai dan resesnsi buku bersama Taufan Hidayat). Karya-karyanya berupa puisi, cerpen, dan tak banyak esai mewarnai media lokal dan nasional.Diantaranya tergabung dalam antologi bersama, Sembilu (DKY,1991), Kafilah Angin (Teater Eska,1991),Risang Pawestri (MItralirika,1990), 32 Penyair (Pengadilan Puisi Yogya,1990), Kemilau Musim (Pekanbaru,2003), Delapan penyair baca puisi di TIM, Cakrawala (1994), Festifal Puisi International Winternachten Overzee (TUK, 2001), Medan Waktu, Cakrawala sastar Indonesia (Dewan Kesenian Jakarta,2004), Gelak Esai dan Sajak Ombak Anno(Kompas, 2001 ), Horison sastra Indonesia (2001), Antologia de Poeticas; AntologipuisiIndonesia, Portugal, dan Malaysiadalamdwibahasa (2008),
Perempuan Bermulut Api (kumpulan cerpen,2009), Narasi Tembuni (Kumpulan Puisi Terbaik KSI Award 2012, KSI-2012), dll. Antologi tunggalnya yang sudah terbit: Selembar Daun Jati (Pustaka Firdaus,1996), Konser Sunyi (dibacakan di TBS, 1993), Nyanyian Alamanda (Bentang Budaya,2001), Kata Hujan (Interlude,2013), Rajawali Satu Sayap (Interlude,2014), Tanda Ibu (belum beredar). Ibuku Perempuan Perkasa danLelaki Itu Bernama Rin (cerpenmanuskrip) . Dan salah satu buku antologi puisinya “Kata Hujan” mendapat Anugrah 5 besar buku pilihan di Hari Puisi Indonesia oleh Indopos dan Yayasan panggung Melayu 2013. Dan “Rajawali Satu Sayap” mendapat penghargaan dari Balai Bahasa Yogyakarta tahun 2015. Sedang puisinya “Catatan Tugu” mendapat penghargaan dari MPU IX yang diselenggarakan di Jakarta 2014. Puisi “Rumah Masih yang Dulu” dalam Jurnal Puisi Indonesia I mendapat penghargaan SIH Award tahun 2001 dan puisi “Rumah Bambu” (juara ke-3 kategori puisi sosial) Dekan Fak. Sastra UGM 1989. Saat ini tinggal di, Jalan Kiyai mojo, perumahan Jatimulyo Baru F no. 3 Yogyakarta. Hp.06281578879255 / 06281329739802 email: ulfatinch66@gmail.com


Dr Haji Mohd Ali bin Haji Radin @ H. Mar     (Brunei)
Dr. Haji Mohd Ali bin Haji Radin dilahirkan pada 5 Ogos 1968 di Brunei. Berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Kesusasteraan Melayu di Universiti Brunei Darussalam. Sebelum ini beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Pendidikan Dalam Pendidikan Bahasa dan juga Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sastera (kepujian) dari Universiti yang sama. 

Dr. Haji Mohd Ali mula berkarya (menggunakan nama pena H.MAR) sejak tahun 1984 dalam genre seperti sajak, cerpen, novel, drama dan esei. Sajak pertama Cermin Kaca (1989), cerpen pertama Tutup (1990), esei pertama Keartistikaan dalam Sastera (1993) telah diterbitkan secara bersiri selama satu tahun dengan judul MENJARING FIKIR bermula keluaran tahun 1993 dalam majalah Bahana. Beberapa buah drama pentas dalam Antologi Drama Taman ‘O’ telah pernah dipentaskan di Universiti Brunei Darussalam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Maktab/Sekolah serta oleh Teater Artistik dari Singapura.  

Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei telah menerbitkan beberapa karya H.MAR antaranya: Kumpulan Puisi dan Cerpen: Hidup Yang Mati (DBP Brunei: 1996), Buku Ilmiah: Beberapa Teknik Pascamodenisme dalam Beberapa Novel Brunei (DBP Brunei: 2001), Novel: Kota Kaca (DBP Brunei: 2003), Kumpulan Drama dan Cerpen: Taman ‘O’ (DBP Brunei: 2003), dan Kumpulan Puisi: Gelora (DBP Brunei: 2011). 
Sekarang beliau berkhidmat  sebagai Pegawai Bahasa Kanan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam.


Noridah Kamari     (Singapura)
Noridah Kamari menerima Anugerah Penulis Harapan sempena Anugerah Persuratan 2013 anjuran Majlis Bahasa Melayu Singapura. Karya-karyanya pernah memenangi Hadiah Sastera pada tahun-tahun 1999, 2001, 2003, 2009 dan 2013. Antara antologi puisi yang memuatkan sajak beliau termasuklah Catatan Perjalanan (2017), Regarding Singapore (2016), Cekal-Tekal-Mekar (2014), Begitulah Kata-Kata (2013), Dari Jendela Zaman (2010), Kail Panjang Sejengkal (2005) dan beberapa buah lagi. Noridah ialah pelajar PhD dalam bidang sastera Melayu di Universiti Sains Malaysia (USM)



Noor Hasnah Adam  (Singapura)
Noor Hasnah Adam writes seriously in the year 1998 during her study in National Institute of Education (STP). She gets her First class honour majoring in Malay language and minor Malay Literature (University of Malaya Kuala Lumpur). She is doing her master part time in the same university. 
Noor Hasnah Adam is currently teaching Malay Language and Malay literature in Admiralty Secondary school.
The award winning writer had won 2 Golden Point Awards and 3 Malay Literature Prize (Hadiah Sastera).  
She was honoured to receive:
- The Goh Chok Tong Youth Promise Award (Distinction) in 2008
- Promising Malay Writer Award in 2009
- Young Writer MASTERA award in Jakarta in 2013. 
Noor Hasnah Adam writes various genre from poetry, short story, essay, script and documentary. 
Her works had been compiled in many anthologies local and international.
Pernah menyertai Monolog ASEAN @DiverseCity 2015 KLIAF.


Chheangly Yeng    (Kemboja)
Chheangly Yeng is a Cambodian poet. In addition, he gives his free time to other projects, such as being co-founder of the Magic Library as well as Slab Paka Khmer (Khmer Writers’ Collaborative). He currently lives in Phnom Penh and often takes his Magic Library to villages in the Kandal province. In Phnom Penh, he brings young writers, poets and students to workshops and ‘meet the author’ events. He also organises literary events for writers including readings of literature works such as poetry and short stories.
Last year, he compiled and published a collection of Cambodian poetry called In the Shadow. The anthology brings together the work of 5 poets.
Recently, he has been working on the publishing of a poetry book called The Lens of Life, which is a bilingual collection of Cambodian poetry that combines his work with the work of a friend who is also a poet. 
Chheangly believes that mighty oaks from little acorns grow and this is why he continues to work on these projects, especially the mobile library. He hopes to motivate children in rural areas to read and write more. This in turn will lead to a vibrant culture of reading and writing in his country.



Soukhee Norasilp @ D. Done Jae    (Laos)
First of all, on behalf of the Laos Writers’ Association, I would like to take this opportunity to thank the Managing Director & Chief Executive Officer of the Malaysian Institute of Translation & Books, Mohd Khair Ngadiron, for sponsoring a poet from Laos.  The ASEAN Poetry Festival is one of the most significant events in ASEAN and worldwide. I am unsure if a poet from Laos has ever participated this event before. The history of poetry in Laos goes back to the 16th century according to a report during the era of King Soulignavongsa when the first merchant from the Netherlands visited the Kingdom of Lanexang (One Million Elephants), which was the mostly civilised of all Lanexang’s kingdoms. Our ancients poets were mainly Buddhist monks and the majority of poets were previously in monasteries. King Pangkham, author of the great poetic work Sang Sinexay, Thao Houng Thao Cheung was the most famous poet of the Lanexang Kingdom. In the 19th century contemporary era, the most famous poets were Maha Keo Rasavongxay and Maha Sila Viravong. As the theme of this event is “Struggle of the Nation”, it is hoped ASEAN Poets will use their talents to contribute and help develop their countries towards a brighter future.  


Poetry books published in Laotian:  

1.The Poetry of the Truth (2004, LWA)
2. The memory of my Childhood (2013, LWA)
3. Mono String Fiddle's (2012, LWA)
Short Stories published in Laotian: 
Dok Tot Ma Bane / The flourishing of Dog's flower (2004, LWA)

*Lao Writer’s Association (LWA)

Prizes/Awards:

2010: Appointed as the “Best Artist” of Literary branch (Laos)
2012: Awarded the “Mekong River Literary Award” (MERA) (Vietnam)
2013: Awarded the SEAWRITE (Thailand)

Joining the Literary Organization: 

1. In 1970 the first critical poetry (Get angry of croaking bullfrog) was published 1970 of “Pheuanekeo Magazine” (Good Friend Magazine). 
2. In 1983 Founder Member of “Young Writer Club” thus became of the present time 
3. “Lao Writer Association” in 1990. And member of LWA since there. 
4. Latest  working position: Flight Operations Director of Lao Airlines
5. Since 1995 Executive Member of LWA up to now. 



Aung Khin Myint    (Myanmar)
Award-winning poet Aung Khin Myint is a household name in Myanmar literary circles. Born in 1976, he graduated as a doctor. His literary career started with a series of critical writings in New Style, a prestigious literary magazine in Burma. Because of his idiosyncratic and poetic prose style, his writings have been dubbed as ‘paracriticism’ by Zaw Zaw Aung, one of the most influential senior literary critics of Myanmar. Known as a writer, poet and artist, he has already published several books including poetry and literary criticism. His Approach to contemporary Myanmar poetry caused a sensation in Myanmar literary circles when it first came out in 2006. He has written two substantial poetry books, of which National Anthem, his debut book, won the Union of Burmese Poets Poetry Prize in 2015. 
He began as a freelance writer/poet in 2004, starting with literary critiques in New Style, which included the well-known From Melancholic Clouds to Postmodernism – Mone Yway Press, 2005 (Critiques/Essays). One of his short stories was translated into Russian and published in a Russian literary magazine.



Mookie Katigbak Lacuesta       (Filipina)
Mookie KATIGBAK-LACUESTA is the author of two poetry collections: The Proxy Eros (2008) and Burning Houses (2013). She obtained an MFA from New School University in 2004 and has since taught in major universities in Manila. Lacuesta has also edited and co-edited various literary anthologies including Metro Serye, a fold-out zine featuring new fiction, poetry and graphic art; and the forthcoming The Achieve of, The Mastery, with Dr Gemino Abad. The receiver of many awards in the Philippines, she was the Filipino delegate to the 2012 Medellín Poetry Festival, the 2016 Macau Literary Festival and the 2017 Poetry International Festival in Rotterdam. In 2015, she completed a writing residency for the International Writing Program at the University of Iowa. 





Phaitoon Thanya       (Thailand)
Dr Thanya Sangkhapanthanon is an Associate Professor at Mahasarakham University, Thailand. He completed his BA in Thai Literature at Srinakarinwirot University (Songkhla) (1980) and MA in Thai Literary Criticism at Srinakarinwirot University (Phitsanuloke) (1984). He later received his PhD in Thai Literature from Naresuan University (2008). His research interests focus on ecocriticism in Thai classic and contemporary literature. His most recent books are Green Literature: Paradigm, Discourse and Ecology in Thai Literature (Nakhon, 2013) and Phoo Ying Ying Reua: Ecofeminism in Thai Literature (Nakhon, 2013). Alongside his academic research, Thanya has been involved with creative writing since 1981. He published his first poetry collection with a group of his friends in 1984. He won the S.E.A. Write Award in 1986 for his compilation of short stories Ko Kong Sai [Building the Sandpile] under the pseudonym Phaitoon Thanya. His short stories and novels depict the life of ordinary people from the Southern and Northeastern regions of Thailand as well as being critiques of contemporary Thai society. 
Phaitoon Thanya also holds courses on contemporary Thai literature and writing fiction in the Faculty of Humanities and Social Sciences at Mahasarakham University where he holds annual literary activities and a writing camp to recruit and inspire young writers as well as give them space to share and sharpen their literary talent. 
Phaitoon Thanya was awarded the Mekong River Literature Award in 2016. In the same year, he was designated a Thai national artist in literature, the most honoured title awarded to Thai artists.


Nguyen Phan Que Mai      (Vietnam)
NGUYEN PHAN QUE MAI was born in 1973 in a village in northern Vietnam and grew up on the Mekong Delta, southern Vietnam. She is the author of eight books of poetry, fiction and non-fiction published in Vietnamese. Her first international publication, The Secret of Hoa Sen (poems, BOA Editions, 2014) received the Lannan Translation Award. Que Mai’s debut novel in English will be published by Algonquin Books (New York) in 2019. Que Mai received the Poetry of the Year Award 2010 from the Hanoi Writers Association, First Prize in the Poetry Competition for 1,000 Years of Hanoi, as well as grants and fellowships from the Lannan Foundation, the University of Lancaster and the Prince Claus Fund for Culture and Development. 


Que Mai's poems have been translated and published in English, Spanish, Indonesian, Chinese, Uzbek and Bengali. She has held creative writing lectures and presented her work in Vietnam, the Philippines, the United States, Colombia, India, Belgium, China, Venezuela and Hongkong. The Los Angeles Review of Books, in their review of Que Mai’s The Secret of Hoa Sen calls her “one of Vietnam's foremost contemporary poets”.




Pemakalah/Pendendang Syair


Shafa’atussara Silahudin @ Syafa     (Malaysia)
Shafa’atussara Silahudin (Syafa) merupakan pelajar doktor falsafah di Leiden University, Netherlands dalam jurusan Area Studies. Beliau merupakan pemegang Fellowship University Malaya dan pengajar muda di Akademi Pengajian Melayu UM. 
Syafa mula aktif dalam bidang nyanyian setelah tamat persekolahan. Beliau mahir menyampaikan lagu bergenre Asli, Keroncong, dan Kontemporari. Ini terbukti apabila beliau mendapat Johan Lagu Asli Universiti Malaya 2002, 2004 dan 2007, Johan Lagu Asli Negeri Kedah, N/Johan Lagu Asli Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2007, Juara Lagu Keroncong Majlis Universiti-Universiti di Malaysia (MAKUM) 2009 dan sebagainya. Beliau juga diiktiraf sebagai Budayawati MAKUM 2004 dan mewakili Malaysia dalam acara budaya ke China, Brunei, Indonesia dan Netherlands. 
Syafa juga bertindak sebagai pelakon dan penyanyi dalam pementasan teater bangsawan seperti Puteri Hang Lipo 2007 di Kuala Lumpur, Wangi Jadi Saksi di Esplanade Singapura 2007 dan Bahaman 2014 di Pahang.  Syafa juga terlibat dalam beberapa rakaman lagu dalam album seperti album lagu Teater Patriot 2008, album Pelancongan Malaysia/Langkawi 2009 dan rakaman album Syair bersama Raja Syair Malaysia, Roslan Madun 2014. Selain menyanyi, Syafa juga berbakat bermain alat muzik saron dalam ensemble gamelan, rebana dan set drum.
Syafa juga merupakan Johan Dendangan Syair Kebangsaan 2012. Sejak itu beliau aktif sebagai pendendang Syair di acara-acara dalam dan luar negara. Beliau juga antara penerima pengiktirafan sebagai Pendendang Syair Melayu Nusantara daripada Akademi Seni ND Lala tahun 2016 bersempena program Syair Alam Melayu Nusantara yang pertama seumpamanya diadakan di Kuala Lumpur anjuran ITBM, DBP, USIM dan Akademi Seni ND Lala.


Syahidatul Munirah Badrul Munir   (Malaysia)
SYAHIDATUL MUNIRAH lahir di Kuala Lumpur, dibesarkan dan mendapat pendidikan awal di Pulau Pinang. Beliau menerima pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)  dalam jurusan Penulisan Kreatif. Usai tamat belajar di ASWARA, beliau terus menekuni bidang kesusasteraan Melayu dengan melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam pengkhususan Kesusasteraan Melayu Klasik, mengkaji sejarah dan riwayat hidup kerajaan serta ratu-ratu Patani. Kini beliau bertugas sebagai pensyarah sambilan di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM dan pada masa yang sama sedang melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah. Mencintai lapangan sastera dan seni budaya, Syahidatul aktif mengacarai majlis, mendeklamasi puisi juga giat dalam pementasan teater. Bersama para sahabat, beliau pernah menganjurkan acara ‘Nyanyi dan Baca Puisi’ di Padang Kota kala hujung minggu, dengan niat untuk merakyatkan sastera, seni dan budaya. Beliau pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Teater MAKUM tahun 2015, selain daripada memenangi beberapa acara deklamasi puisi mewakili negeri Pulau Pinang. Sesekali, Syahidatul akan melepaskan rencam perasaannya dalam bentuk penulisan. Kumpulan cerpen beliau berjudul Lela Rentaka pernah diterbitkan oleh ITBM pada tahun 2015, dan buku tersebut juga telah memenangi tempat kedua Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH pada tahun tersebut. Syahidatul pernah menyandang naib johan Akademi Sastera anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tahun 2011. Semenjak itulah beliau mula mengadun bahan-bahan ilmiah dan kreatif agar sebati dengan jiwanya. Pada tahun 2016 ketika pertama kali Syair Alam Melayu Nusantara dilangsungkan, beliau telah dipertanggungjawabkan menulis skrip dan syair-syair pementasan tentang alam Melayu, sesuai dengan kajian akademiknya, juga sesuai dengan genre penulisan kreatif yang pernah dihasilkan.  

Rusmawani Ishak   (Malaysia)
Rusmawani binti Ishak, anak kelahiran Negeri Sembilan. 
Mula berjinak-jinak dalam bidang seni melalui nyanyian sejak berumur 9 tahun dan sering menyertai Pertandingan Nasyid , Pertandingan Nyanyian dan Syair semasa dibangku sekolah lagi dan mewakili sekolah peringkat Daerah dan Negeri.
Berbakat dalam menyanyikan lagu-lagu Irama Asli dan Keroncong juga lebih terserlah dalam mendendangkan  Puisi Tradisional iaitu beberapa irama Syair , Gurindam, Nazam , Seloka dan sebagainya.
Bakat beliau dalam mendendangkan syair terbukti apabila beliau telah berjaya menjadi Naib Johan Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka 2009 Kategori Syair Peringkat Kebangsaan pada tahun 2009 yang diadakan di Audithorium Perdana , Angkasapuri .  Pada tahun 2011 beliau sekali lagi mendapat Nain Johan dalam Sayembara Penyampaian Puisi Tradisional ( Syair ) anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) .
Beliau juga banyak terlibat dalam persembahan anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) sebagai  Pendendang Syair antaranya Persembahan Syair Alam Melayu Nusantara sempena Diversecity 2016 Kuala Lumpur Internasional Arts Festival – Genre sastera.
Pernah menjadi Fasilitator Program Sastera Dan Budaya (PLKN) anjuran bersama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan Dewan Bahasa Dan Pustaka dibeberapa buah Kem  Latihan Khidmat Negara di Negeri Sembilan dan Melaka sejak tahun 2007.    
Berpengalaman sebagai Pembimbing Bengkel Kejurulatihan PPSB bagi Program Penghayatan Puisi Tradisional anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP).
Dijemput sebagai Pendendang Puisi Tradisional sebagai aktiviti sempena Pesta Buku Negeri Sembilan anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dan Penceramah Program Puisi Tradisional anjuran Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah  di Negeri Sembilan dan Pahang. 
Beliau  juga seorang pengiat teater , memiliki Sijil Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) pengkhususan dalam bidang Teater dan merupakan AJK Persatuan Karyawan Negeri Sembilan.


Idawati, M.A.   (Indonesia)
Berawal dari mendengarkan sebuah siaran radio Singapura, yaitu “Bangsawan di Udara”, menjadikan saya familiar terhadap irama syair, “Selendang Delima”. Pengalaman ini pula yang menjadikan saya sebagai salah seorang pelantun syair di Riau, tentunya setelah mempelajari beberapa irama syair lainnya dari orang-orang patut di Riau.
Berbekalkan pengalaman saya tentang irama syair Melayu, maka pada tahun 2009 saya melakukan penelitian tentang syair Melayu dari aspek musikal. Penelitian ini lebih menekankan aspek penyampaian irama syair Melayu dengan pendekatan ilmu vokal. 
Saat ini saya aktif sebagai instruktur dendangan syair Melayu di Riau, baik memberikan pelatihan bagi guru-guru seni budaya maupun seniman-seniman muda di Riau.  





Nelly Alie    (Indonesia)
Nelly Alie dilahirkan di Dumai, Riau. Berprofesi sebagai Penyanyi, Pencipta Lagu, Pengamat Seni dan Guru Olah Vokal. 
Sejak tahun 1992 mengikuti berbagai macam Lomba Kesenian Melayu antar Desa, Kabupaten, Provinsi, hingga ke tingkat Asian Pasifik. Atas prestasi yg di capai, tanggal 22 Desember 1993 mendapat penghargaan dari Pemerintah Daerah Tingkat II Bengkalis atas Prestasi dalam Mengikuti Lomba berbalas pantun, lomba Qasidah Rebana, lomba lagu Pop, Lomba lagu Dangdut,  lomba Lagu Langgam Melayu Se- Asia Pasifik.

Tahun 2009 mengeluarkan Album Dumai Bersyair yg dibacakan secara solo dengan 10 gaya lagu antara lain : Syair Selendang Delima, Syair Mayang Diumbut, Syair Beghondak, Syair Rawi, Syair Kapal, Syair Dodoi Anak, Syair Mengayun, Syair Burung, Syair Bedindung, dan Syair Gambuh.

Sejak tahun 1995 aktif sebagai Dewan Juri untuk perlombaan Syair, lagu Pop, Dangdut, Melayu, Cina dan Qasidah Rebana. Diundang kebeberapa Daerah antara lain : Selat Panjang, Bengkalis, Sungai Pakning dan Rupat.

Tahun 2002 mulai menciptakan lagu, dan mendapat piagam dari Selodang Production Film atas Lagu “Kelakar Yong Dolah” yang berhasil diproduksi sebanyak 24 Episode di Rtv Pekanbaru. 

Tahun 2006 2 buah lagunya terpilih dari koleksi sebagai 10 Pencipta Terbaik Tingkat Provinsi Riau dari Album Malay Singer Festival dengan lagu berjudul 
Pengantin Bersanding
Zapin ya zapin
Tahun 2007 kembali 1 buah Lagu dari Album Malay Singer Festival lagu berjudul
Serumpun Melayu
Tahun 2013 Album Lagu Melayu Negeri Bertuan Produksi DISBUDPORA dan LAMR Dumai 5 Lagu Ciptaan Nelly Alie diantaranya :

Serumpun Melayu
Dumai Berseri
Bersanding
Seberang Hati
Sejati

Tahun 2016 Album Musik & Lagu Tari Persembahan dari Anak Didiknya dari Etnis Tionghoa Lagu Makan Sirih dan Joget Anak Kala. Album ini sebagai perekat Masyarakat Tionghoa dan Melayu Riau serta Menjaga Keutuhan NKRI.

26 Oktober 2014 Mendapat Sijil tempat ke-III dari Pertandingan Berbalas Pantun Irama Dondang Sayang dan Joget Serampang Laut tingkat ASEAN di SMK Simpang Bekoh, Jasin, Melaka Anjuran Kerajaan Negeri Melaka.


Juspebgo Setiawan    (Indonesia)
JUSPEBGO SETIAWAN (pebgo) dilahirkan di Pekanbaru, riau. Memperoleh ijazah Diploma pada AKADEMI KESENIAN MELAYU RIAU (jurusan vocal) 2011. Serta telah mendapatkan gelar Sarjana di Universitas Islam riau (jurusan musik) 2016.
Pebgo banyak terlibat dalam dunia tarik suara khusus nya di bidang dendang syair, dimana pada tahun 2015 telah memperoleh juara 1 “dendang syair” balai bahasa se-sumatera yang diadakan di provinsi jambi. Dan pada September 2016 yang lalu turut serta memeriahkan acara “Syair Alam Nusantara” yang berlangsung di Kuala Lumpur Malaysia.
Selain dendang syair, pebgo juga berkecimpung di bidang lagu melayu, hal ini dibuktikan dengan berbagai penghargaan pada festival-festival lagu melayu yang telah diraih nya. Pada bulan November 2016 ia juga bahkan berhasil meraih juara umum pada perhelatan “Parade Lagu Daerah dan Nusantara” yang di taja oleh Taman Budaya Provinsi Riau dengan kategori penyanyi terbaik 1, pencipta lagu terbaik 1, dan penyaji terbaik 1.
Masih banyak lagi kegiatan yang berhubungan dengan seni musik yang telah pebgo lakoni, diantaranya turut serta bergabung sebagai “choir” pada Opera Tun Teja 2006 di Pekanbaru. Pada tahun 2015 dan 2016 ikut terlibat dalam acara Riau Orkestra sebagai pendendang lagu melayu. Diantara sekian banyak lagu-lagu melayu yang telah direkam, pebgo juga diberi kepercayaan oleh sanggar seni Tengkah Zapin Pekanbaru untuk mengisi suara dalam musik zapin tradisi.


Afi Hanafi  (Singapura)                     
Afi Hanafi ialah seorang aktivis muda senibudaya Melayu Singapura. Filem-filem Melayu klasik yang ditontonnya sejak kecil telah membentuk kecenderungannya pada seni budaya Melayu. Belia berumur 31 tahun ini telah aktif menyertai beberapa kumpulan kesenian di beberapa kelab masyarakat serata Singapura sejak umur awal belasan tahun lagi. Kini beliau ialah pengasas dan pengarah Orkestra Sri Temasek  yang menumpukan perhatian pada lagu-lagu Melayu tradisional di Singapura. Selain dari menyanyi di orkestra dan di majlis-majlis korporat, Afi Hanafi turut aktif mengendalikan bengkel-bengkel muzik dan kraftangan di sekolah-sekolah serata Singapura. Beliau baru-baru ini dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Kelab Masyarakat Tampines West.